22 November 2011

Nafsu

"Menurut Ibnul Qayim, di dalam nafsu ada kesombongan Iblis, kedengkian Qabil, keangkuhan Ad, kelalaian Tsamud, kelancangan Namrud, kekejian Firaun, kederhakaan Qarun, keserakahan Haman, kecenderungan Balam, muslihat orang yang ingkar di hari Sabat, kesewang-wenangan Walid dan kebodohan Abu Jahal.  
Selain itu, di dalam nafsu juga terdapat perilaku binatang, seperti keserakahan burung gagak, ketamakan anjing, kebodohan burung merak, kederhakaan biawak, kedengkian unta, keganasan singa, kefasikan tikus, kekejian ular, kesia-siaan kera, penghimpunan lebah, makar serigala, kepandiran kupu-kupu, dan tidurnya anjing hutan."

Tha'labah bin Abdur-Rahman

Diriwayatkan oleh Abdullah bin Qudamah r.a. dalam kitabnya Kitaabut-Tawwabeen daripada Jabir bin Abdullah r.a. berkata: Ada seorang anak muda dari Kaum Ansar, yang bernama Tha'labah bin Abdur-Rahman menerima Islam ketika usianya begitu muda dan sejak itu sebahagian dari kehidupannya menjalankan tugas untuk Rasulullah s.a.w.

Suatu hari Rasulullah menyuruhnya untuk melaksanakan beberapa pekerjaan dan dalam perjalanannya ke Kota Madinah, ia melalui pintu sebuah rumah seorang Ansar dan dengan tidak sengaja melihat  seorang wanita sedang mandi. Dia terus mengalih pandangnya dan berasa begitu berdosa.

Tha'labah sangat takut bahawa Allah akan mendedahkan kepada Rasulullah bukti kemunafikannya dan amat takut untuk bersua muka dengan Rasulullah. Lalu ia melarikan diri ke pergunungan antara Mekah dan Madinah. Hari berlalu dan Nabi terus bertanya kepada para sahabat yang lain jika mereka ada melihat Tha'labah. Namun semua jawapan menghampakannya.

Setelah 40 hari, Jibril a.s. datang kepada Rasulullah dan berkata, Allah Subhanahu wa Ta'ala mengucapkan Salam kepadamu dan mengatakan bahawa salah seorang daripada sahabatmu ada di pergunungan antara Mekah dan Madinah. Lalu Rasulullah menghantar Umar Ibn Al-Khattab dan Salman Al-Parsi r.a. untuk mencarinya. Mereka berdua mencarinya sehingga sampai ke pergunungan antara Mekah dan Madinah di mana di situ mereka berjumpa dengan berapa orang penggembala kambing. Sahabat berdua bertanya kepada mereka jika ada melihat seorang pemuda yang berciri-ciri Tha'labah. Pengembala itu berkata, "Sudah tentu kamu berdua sedang mencari seorang pemuda yang sering menangis itu." Penggembala itu menggambarkan pemuda itu sering datang dari pergunungan di malam hari menangis dan menangis, keadaan badannya amat letih dan kurus, kemudian kami memberinya susu untuk diminum. Lalu dia pergi semula ke gunung terus menangis dan menangis, kerap meminta keampunan dan taubat kepada Allah. Dari penerangan itu lalu sahabat berdua menunggu sehingga dia turun dan mengawasinya.

Ketika Tha'alabah turun dari gunung malam itu, sahabat berdua terus mendapatinya dan berkeras untuk membawanya kembali kepada Rasulullah tapi dia menolak dan bertanya samada Allah ada mengungkapkan ayat-ayat mengatakan bahawa ia munafik. Sahabat berdua mengatakan bahawa mereka tidak mempunyai pengetahuan tentang adanya ayat tersebut.

Tha'labah dibawa kembali ke Madinah dan ia begitu takut dan meminta kepada sahabat untuk tidak membawanya kepada Rasulullah kecuali ketika Baginda sedang bersolat. Ketika dia mendengar bacaan Rasulullah dalam solat, ia memberanikan diri datang dan berjemaah bersamanya. Selesai solat Rasulullah bertanya kepada Umar dan Salman r.a. tentang Tha'labah. Dia dibawa ke hadapan Rasulullah, lalu ia bertanya kepadanya, "Mengapa kau lari dari saya?" Tha'labah berkata, "Saya melarikan diri kerana dosa-dosa saya." Rasulullah berkata, "Tidakkah pernah aku menceritakan tentang ayat yang menghapuskan semua dosa dan kesalahan?" Dia mengatakan, "Ya ada Rasulullah. Rasulullah memintanya untuk membaca Surah al-Baqarah ayat 201


Setelah itu Tha'labah jatuh sakit selama seminggu. Salman Al-Parsi r.a. datang kepada Rasulullah dan berkata Tha'labah berada di ambang kematian. Lantas Rasulullah berdiri dan pergi ke rumahnya. Setiba di rumahnya, Baginda mengangkat tubuh Tha'labah yang sangat lemah dan meletakkan kepala Tha'labah di pangkuannya. Dia berkata, "Wahai Nabi Allah, lepaskan kepalaku yang berdosa jauh darimu. Rasulullah menghiburnya sampai ia memberitahu Nabi Muhammad s.a.w., saya merasa seolah-olah semut yang berjalan antara dagingku dan tulang. Rasulullah mengatakan bahawa itu adalah tanda kematian dan waktunya telah tiba. Baginda bertanya apa yang anda ingin miliki? Dia mengatakan, pengampunan Tuhanku.

Allah Subhanahu wa Ta'ala mengutus Jibril a.s. kepada Rasulullah dan berkata, "Tuhanmu mengatakan Salam kepadamu dan Dia mengatakan, jika hamba~Ku bertemu Aku dengan dosa sebesar bumi sekalipun, keampunan~Ku meliputi seluruh bumi." Terdengar sahaja perkhabaran itu, terkeluarlah dari mulut Tha'labah, "Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar". Pulanglah Tha'labah kepada Tuhan-Nya dalam keadaan tenang disisi Nabinya.

Setelah Tha'labah meninggal, Rasulullah meminta sahabat-sahabat untuk memandi dan mengkafankannya. Setelah solat jenazah, dalam perjalanan ke kubur, Rasulullah terpaksa berjalan dengan jari-jari kakinya (terjengkit-jengkit) seolah-olah dia berada di tengah orang ramai. Ketika ia ditanya tentang hal ini, Rasulullah mengatakan dia amat payah untuk mencari tempat berpijak kerana terlalu ramai malaikat yang mengikuti usungan jenazah itu.

Itulah Taqwa seorang anak muda Ansar. RadhiyAllahu 'Anhum wa Radhu' Anh.

29 June 2011

Israk & Mikraj

Hari ini 29 Jun 2011 bersamaan 27 Rejab 1432 umat Islam di seluruh dunia akan menyambut peristiwa Israk Mikraj. Ianya merupakan satu peristiwa yang cukup besar dalam diari dan sejarah umat Islam. Dan kerana itu juga kita punya kepentingan untuk membebaskan BaitulMaqdis (Masjid  Al Aqsa)  Palestine tempat berlakunya peristiwa ini dari cengkaman Israel. Bersama-samlah kita menghayati kebesaran Allah walaupun ada diantara kita sudah hafal kronologi peristiwa ini…

RINGKASAN PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ
Sebelum Israk dan Mikraj
Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman.ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.
Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):
Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;
iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :
 Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
 Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
 Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
 Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
 Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
 Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
 Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
 Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
 Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
 Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
 Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
 Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah ):
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
i. Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
ii. Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.
iii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.
iv. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.
v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
vi. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
vii. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu.
Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH Mengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga".
Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

viii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
ix. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
x. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah S.W.T : Ya Muhammad.
Rasulullah : Labbaika.
Allah S.W.T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.
Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.
Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Selepas Mikraj
Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah).

5 June 2011

Kelebihan Wanita Berkahwin

Kerugianlah bagi kaum wanita yang menolak perkahwinan atas pelbagai alasan. Ada yang memberi alasan perkahwinan menyekat kebebasan, tidak kurang juga ada yang terlalu memilih calon yang sekufu, malah ada yang terlalu sibuk dengan karier sehingga tiada masa memikirkan soal kawin. Ada juga yang fobia dengan kisah kehancuran rumahtangga sahabat handai mahupun keluarga terdekat. Lantas sebab-sebab ini ramai yang rela menjadi andartu walau pada hakikatnya, ianya tidak memberi kebahagiaan jiwa. Lainlah halnya jika tiada jodoh, walau dicari tiada juga orang yang mahu pada diri kita.

Sunanatullah kejadian manusia, lelaki dan wanita saling memerlukan antara satu sama lain. Jadi mengapa perlu menolak sebuah perkahwinan? Tahukah kamu wahai wanita, kunci pintu syurgamu banyak ditemui pada suami mu dan anak-anak mu? Sabda Rasulullah SAW, "Sekiranya seorang wanita dapat melakukan empat perkara iaitu solat lima waktu, puasa dibulan ramadhan, menjaga maruah dan taat kepada suami, maka masuklah syurga mana-mana yang dia kehendaki." Oleh itu, sekiranmya seoramg wanita itu tidak berkahwin, dia tidak berpeluang mencapai kesempurnaan pada darjat yang keempat.

Walau sehebat manapun menunaikan solat, berpuasa dan menjaga maruah, wanita yang tidak berkahwin tidak akan mendapat kelebihan mentaati suami. Kelebihan ini mengatasi segala-galanya sehinggakan redha Allah SWT pun bergantung kepada redha suami.

Selain itu, diantara kelebihan wanita yang berkahwin ialah akan diberi pahala jihad fisabilillah ketika mengandung. Apabila menyusukan anak, maka setiap titis air susu akan diberi satu kebajikan. Berjaga malam kerana menguruskan anak akan diberi pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. Membasuh pakaian suami diberi 1000 pahala dan diampuni 200 dosa. Mereka yang berpeluh kerana terkena bahang api ketika membakar roti untuk keluarganya akan dibebaskan daripada api neraka. Semua ini hanya akan diperolehi oleh seorang wanita yang berkahwin.

Oleh itu, berkahwinlah apabila telah menemui pasangan yang sekufu. Hidup di dunia ini hanya sementara dan kita manusia yang punya nafsu tidakkan terlepas walaupun secebis dosa. Maka, kejarlah pahala sebanyak yang mungkin.

2 June 2011

Bulan Rejab ~ Kemuliaan & Kelebihan

Sama samalah kita ingat mengingati amalan amalan mulia yang penuh berkat ini.......... 
BULAN REJAB 

Pada 3 Jun 2011 (Jumaat) kita memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Let's overview ada apa di sebalik bulan Rejab itu. 
Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:" 

1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt 

2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi'raj (Rabu, 29 Jun 2011) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa 

3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt 

4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (3,4 dan 5 Jun 2011) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat 

5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah 

6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga 

7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya." 

Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wan gi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?" 

Maka berkata Jibril as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab i ni." 

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu baginda bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka." 

Sabda baginda lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?" 

Sabda baginda "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan so lat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun." 

1 June 2011

Berkaitan Kerja

Dalam Islam, orang yang bekerja adalah orang yang memiliki harga diri dan kemuliaan.

Rasulullah SAW bersabda, "Seorang yang membawa tambang lalu pergi mencari dan mengumpulkan kayu bakar lantas dibawanya ke pasar untuk dijual dan wangnya diguankan untuk mencukupi keperluan dan nafkah dirinya maka itu lebih baik daripada seorang yang meminta-minta kepada orang-orang yang terkadang diberi dan kadang ditolak." (HR. Mutafaq'alaih)

28 May 2011

Kesihatan

Kesihatan merupakan pemberian Allah SWT yang tidak ternilai harganya. Rasullah SAW pernah bersabda "Dua nikmat yang diabaikan oleh kebanyakkan manusia, iaitu kesihatan dan masa lapang". (HR at-Tirmidzi)

Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga anugerah ini dengan penuh keinsafan. Agama Islam bukan hanya menitikberatkan soal kesihatan hati dan jiwa atau aspek spiritual manusia serta pemikiran atau minda mereka tetapi juga mengutamakan kesihatan tubuh badan umatnya.

Keperluan Muslim menjadi sihat dan perkasa jelas tertera di dalam sebuah lagi hadis Rasulullah SAW yang marhumnya: "Orang Mukmin yang gagah lebih baik dan lebih dikasihi Allah daripada orang Mukmin yang lemah" (HR Muslim).

Manusia tidak dapat lari daripada penyakit - baik yang ringan mahupun yang serius. Oleh itu kita harus banyak bersabar dan berdoa. Anggaplah itu semua ujian daripada Allah SWT dan pada waktu yang sama kita harus meyakini bahawa ianya akan mengkifarhakan (mengahapuskan) dosa-dosa kita sebagaimana sabda Rasulullah SAW, "Tidaklah seorang Muslim ditimpa keletihan atau kerisauan, atau kedukacitaan, atau penyakit, atau permasalahan walaupun kesakitan berupa tercucuk duri melainkan ini merupakan penebus kepada dosanya." (HR al-Bukhari & Muslim)

Adab-adab Ketika Sakit
Antaranya:

  • Merendahkan diri kepada Allah SWT dengan melahirkan rasa pengharapan yang tinggi
  • Berdoa dan mengakui kelemahan diri dan keperluan kepada Allah SWT
  • Berusaha dengan berubat dengan keyakinan bahawa bukan ubat yang menyembuhkan, tetapi hakikatnya Allah SWT Yang Maha Kuasa yang menyembuhkan
  • Meminta kepada Allah SWT dengan mengharap belas kasihan-Nya, tetapi jangan mengeluh di hadapan orang lain
  • Memuliakan mereka yang bekunjung (pelawat)
  • Banyakkan bersabar
  • Mengingati kematian dan bukannya mengharap kematian disebabkan telah berputus asa