28 May 2011

Kesihatan

Kesihatan merupakan pemberian Allah SWT yang tidak ternilai harganya. Rasullah SAW pernah bersabda "Dua nikmat yang diabaikan oleh kebanyakkan manusia, iaitu kesihatan dan masa lapang". (HR at-Tirmidzi)

Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga anugerah ini dengan penuh keinsafan. Agama Islam bukan hanya menitikberatkan soal kesihatan hati dan jiwa atau aspek spiritual manusia serta pemikiran atau minda mereka tetapi juga mengutamakan kesihatan tubuh badan umatnya.

Keperluan Muslim menjadi sihat dan perkasa jelas tertera di dalam sebuah lagi hadis Rasulullah SAW yang marhumnya: "Orang Mukmin yang gagah lebih baik dan lebih dikasihi Allah daripada orang Mukmin yang lemah" (HR Muslim).

Manusia tidak dapat lari daripada penyakit - baik yang ringan mahupun yang serius. Oleh itu kita harus banyak bersabar dan berdoa. Anggaplah itu semua ujian daripada Allah SWT dan pada waktu yang sama kita harus meyakini bahawa ianya akan mengkifarhakan (mengahapuskan) dosa-dosa kita sebagaimana sabda Rasulullah SAW, "Tidaklah seorang Muslim ditimpa keletihan atau kerisauan, atau kedukacitaan, atau penyakit, atau permasalahan walaupun kesakitan berupa tercucuk duri melainkan ini merupakan penebus kepada dosanya." (HR al-Bukhari & Muslim)

Adab-adab Ketika Sakit
Antaranya:

  • Merendahkan diri kepada Allah SWT dengan melahirkan rasa pengharapan yang tinggi
  • Berdoa dan mengakui kelemahan diri dan keperluan kepada Allah SWT
  • Berusaha dengan berubat dengan keyakinan bahawa bukan ubat yang menyembuhkan, tetapi hakikatnya Allah SWT Yang Maha Kuasa yang menyembuhkan
  • Meminta kepada Allah SWT dengan mengharap belas kasihan-Nya, tetapi jangan mengeluh di hadapan orang lain
  • Memuliakan mereka yang bekunjung (pelawat)
  • Banyakkan bersabar
  • Mengingati kematian dan bukannya mengharap kematian disebabkan telah berputus asa

No comments:

Post a Comment