7 May 2011

Mencintai Allah swt



Langkah-langkah Mencintai Allah swt
  • Amalkan segala suruhan Allah dengan sungguh-sungguh dan tanpa banyak soal dan alasan.
  • Jauhi larangan Allah dan jangan sekali-kali dekatinya apatah lagi melakukannya. Simpanlah rasa 'tidak sedap ahati' saat kali pertama melakukan sesuatu yang dimurkai Allah sebagai bekalan menjauhi maksiat.
  • Letakkan Allah sebagai prioriti dalam hidup dan dahulukan Allah dalam segala sesuatu, tidak kira ketika melakukan ibadah atau saat perlukan pertolongan.
  • Sentiasa berdoa dalam setiap perbuatan kerana itu akan mengingatkan kita kepada Allah setiap masa.
  • Reda atas segala ketentuan qadak dan qadar terutama jika ditimpa musibah.
  • Kerahkan semua anggota badan mentaati Allah termasuk hati dan juga Allah.
  • Anggaplah dunia sebagai sebuah penjara. Abu Hurairah meriwayatkan sabda Rasulullah saw yang bermaksud "Dunia itu penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir." (riwayat Muslim no. 7606) Apakah bekalan yang biasanya dibawa balik oleh seorang banduan? Apakah dia mampu membawa harta kekayaan atau sijil yang mengiktiraf tahap keintelekkannya? Banduan biasanya hanya mampu membawa keluar sama ada sikap lamanya atau sekeping hati yang bersih.
  • Renew. Sentiasalah perbaharui cinta kepada Allah. Dunia ini melelahkan kerana tempat beristirahat hanyalah diakhirat. lepas satu kebaikan dan ibadah dikerjakan, lakukanlah yang lain pula.
  • Aktif. Seorang hamba yang betul-betul mencintai Allah akan jadi ibarat peniaga yang tamak, pantang ada peluang melakukan ibadah akan terus dilaksanakan tanpa tawar menawar.
  • Ikhlas. Pastikan cinta kepada Allah ikhlas hanya semata-mata untuk mendapatkan keredhaanNya.
  • Pinta. Jangan menganggap bahawa dengan amal ibadah semata-mata telah menyampaikan diri kita kepada cintaNya. Oleh sebab itu, pintalah daripada Allah cintaNya dan laksanakan amalan yang disukaiNya.
  • Cintailah apa sahaja yang disukai Allah dan bencilah apa jua yang dibenciNya.
(sumber Majalah Solusi Isu #23 , Ustaz Pahrol Mohamad Juol)

 -"Ya Allah, kurniakanlah aku cintaMu agar diriku tidak sesat di dunia yang fana ini. Amin"-

No comments:

Post a Comment