5 June 2011

Kelebihan Wanita Berkahwin

Kerugianlah bagi kaum wanita yang menolak perkahwinan atas pelbagai alasan. Ada yang memberi alasan perkahwinan menyekat kebebasan, tidak kurang juga ada yang terlalu memilih calon yang sekufu, malah ada yang terlalu sibuk dengan karier sehingga tiada masa memikirkan soal kawin. Ada juga yang fobia dengan kisah kehancuran rumahtangga sahabat handai mahupun keluarga terdekat. Lantas sebab-sebab ini ramai yang rela menjadi andartu walau pada hakikatnya, ianya tidak memberi kebahagiaan jiwa. Lainlah halnya jika tiada jodoh, walau dicari tiada juga orang yang mahu pada diri kita.

Sunanatullah kejadian manusia, lelaki dan wanita saling memerlukan antara satu sama lain. Jadi mengapa perlu menolak sebuah perkahwinan? Tahukah kamu wahai wanita, kunci pintu syurgamu banyak ditemui pada suami mu dan anak-anak mu? Sabda Rasulullah SAW, "Sekiranya seorang wanita dapat melakukan empat perkara iaitu solat lima waktu, puasa dibulan ramadhan, menjaga maruah dan taat kepada suami, maka masuklah syurga mana-mana yang dia kehendaki." Oleh itu, sekiranmya seoramg wanita itu tidak berkahwin, dia tidak berpeluang mencapai kesempurnaan pada darjat yang keempat.

Walau sehebat manapun menunaikan solat, berpuasa dan menjaga maruah, wanita yang tidak berkahwin tidak akan mendapat kelebihan mentaati suami. Kelebihan ini mengatasi segala-galanya sehinggakan redha Allah SWT pun bergantung kepada redha suami.

Selain itu, diantara kelebihan wanita yang berkahwin ialah akan diberi pahala jihad fisabilillah ketika mengandung. Apabila menyusukan anak, maka setiap titis air susu akan diberi satu kebajikan. Berjaga malam kerana menguruskan anak akan diberi pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. Membasuh pakaian suami diberi 1000 pahala dan diampuni 200 dosa. Mereka yang berpeluh kerana terkena bahang api ketika membakar roti untuk keluarganya akan dibebaskan daripada api neraka. Semua ini hanya akan diperolehi oleh seorang wanita yang berkahwin.

Oleh itu, berkahwinlah apabila telah menemui pasangan yang sekufu. Hidup di dunia ini hanya sementara dan kita manusia yang punya nafsu tidakkan terlepas walaupun secebis dosa. Maka, kejarlah pahala sebanyak yang mungkin.

No comments:

Post a Comment