Daripada Abu Hurairah ra berkata, "Aku telah mendengar dari Nabi saw bersabda:
"Sungguhnya seorang hamba apabila telah melakukan suatu dosa, lalu berdoa,"Wahai Rabbku! Aku telah terlanjur melakukan suatu dosa, maka ampunkanlah aku!"
Maka Allah swt berfirman," Apakah hambaKu telah mengetahui bahawasanya dia mempunyai Rabb yang Maha Mengampuni dosa dan menghapuskan dosa? Aku mengampunkan dosa hambaKu".
Kemudian selang beberapa waktu sesuai dengan kehendak Allah, hamba itu melakukan lagi dosa tersebut, lalu dia pun berdoa, "Wahai Rabbku! Aku telah melakukan dosa lagi, ampunkanlah dosaku itu!"
Maka Allah swt berfirman, "Apakah hambaKu mengetahui bahawasanya dia mempunyai Rabb yang Maha Mengampuni dosa dan menghapuskanya? Aku mengampuni dosa hambaku itu".
Kemudian selang beberapa waktu sesuai dengan kehendak Allah, dia melakukan dosa lagi, lalu dia berdoa," Wahai Rabbku! Aku telah melakukan dosa lagi, maka ampunilah dosa ku itu".
Maka Allah swt berfirman, " Apakah hambaKu telah mengatahui bahawa dia mempunyai Rabb yang Maha Mengampuni dosa dan menghapuskannya? Maka Aku mengampuni dosa hambaKu. "(Allah berfirman begitu) hingga tiga kali. Maka berbuatlah ia sekehendaknya."
(Riwayat Bukhari Hadis No7507)
http://gunawanaziz.blogspot.com
Showing posts with label DIA. Show all posts
Showing posts with label DIA. Show all posts
9 May 2011
7 May 2011
Mencintai Allah swt
- Amalkan segala suruhan Allah dengan sungguh-sungguh dan tanpa banyak soal dan alasan.
- Jauhi larangan Allah dan jangan sekali-kali dekatinya apatah lagi melakukannya. Simpanlah rasa 'tidak sedap ahati' saat kali pertama melakukan sesuatu yang dimurkai Allah sebagai bekalan menjauhi maksiat.
- Letakkan Allah sebagai prioriti dalam hidup dan dahulukan Allah dalam segala sesuatu, tidak kira ketika melakukan ibadah atau saat perlukan pertolongan.
- Sentiasa berdoa dalam setiap perbuatan kerana itu akan mengingatkan kita kepada Allah setiap masa.
- Reda atas segala ketentuan qadak dan qadar terutama jika ditimpa musibah.
- Kerahkan semua anggota badan mentaati Allah termasuk hati dan juga Allah.
- Anggaplah dunia sebagai sebuah penjara. Abu Hurairah meriwayatkan sabda Rasulullah saw yang bermaksud "Dunia itu penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir." (riwayat Muslim no. 7606) Apakah bekalan yang biasanya dibawa balik oleh seorang banduan? Apakah dia mampu membawa harta kekayaan atau sijil yang mengiktiraf tahap keintelekkannya? Banduan biasanya hanya mampu membawa keluar sama ada sikap lamanya atau sekeping hati yang bersih.
- Renew. Sentiasalah perbaharui cinta kepada Allah. Dunia ini melelahkan kerana tempat beristirahat hanyalah diakhirat. lepas satu kebaikan dan ibadah dikerjakan, lakukanlah yang lain pula.
- Aktif. Seorang hamba yang betul-betul mencintai Allah akan jadi ibarat peniaga yang tamak, pantang ada peluang melakukan ibadah akan terus dilaksanakan tanpa tawar menawar.
- Ikhlas. Pastikan cinta kepada Allah ikhlas hanya semata-mata untuk mendapatkan keredhaanNya.
- Pinta. Jangan menganggap bahawa dengan amal ibadah semata-mata telah menyampaikan diri kita kepada cintaNya. Oleh sebab itu, pintalah daripada Allah cintaNya dan laksanakan amalan yang disukaiNya.
- Cintailah apa sahaja yang disukai Allah dan bencilah apa jua yang dibenciNya.
(sumber Majalah Solusi Isu #23 , Ustaz Pahrol Mohamad Juol)
-"Ya Allah, kurniakanlah aku cintaMu agar diriku tidak sesat di dunia yang fana ini. Amin"-
Subscribe to:
Posts (Atom)
