Showing posts with label Luahan Hati. Show all posts
Showing posts with label Luahan Hati. Show all posts

25 May 2011

...Sakit Itu Ada Hikmah & Nikmatnya...


SAKIT ITU ADA HIKMAH DAN NIKMATNYA

Sesungguhnya sakit adalah antara musibah yang Allah timpakan. Manusia tidak selamanya sihat yang memungkinkan mereka melakukan apa saja tanpa batasan. Ada ketikanya manusia akan berdepan dengan musibah sakit. Namun janganlah menyangkakan ianya adalah satu azab yang ditimpakan Allah kerana kemurkaan dan kebencian sebaliknya, ia sebahagian daripada kasih sayang Allah dan perhatian-Nya kepada orang beriman.

Sakit juga isyarat bahawa manusia adalah makhluk lemah dan kerdil yang tidak dapat berbuat apa-apa, masih memerlukan hidayah serta pertolongan Allah yang Maha Berkuasa.

Rasulullah SAW sendiri mengalami sakit demam berat. Namun begitu Baginda tetap sabar dan tabah. Baginda mengatakan kepada Ibnu Mas’ud ra, bahawa penyakit yang datang ke dalam tubuh seorang Muslim itu dapat menggugurkan dosa sebagaimana pohon yang menggugurkan daunnya. 
“Tidaklah orang Muslim ditimpa cubaan berupa penyakit atau lainnya, melainkan Allah menggugurkan keburukannya, sebagaimana pohon yang menggugurkan daunnya.” (HR. Bukhari-Muslim)
Rasulullah juga pernah bersabda maksudnya: 
“Berubatlah kerana tidak ada satu penyakit diturunkan Allah melainkan diturunkan juga ubat penawarnya, kecuali satu penyakit iaitu penyakit tua.” (Hadis riwayat Abu Dawud & Tirmizi)

Dalam menangani musibah sakit, Rasulullah SAW pernah berpesan kepada umatnya melalui sabda Baginda yang bermaksud: “Bersihkanlah hartamu dengan zakat, ubatilah sakitmu dengan sedekah dan tolaklah olehmu musibah-musibah dengan doa (yang ikhlas).” (Hadis riwayat Tabrani)

Hikmah Sakit
1. Sakit adalah penggugur dosa-dosa hamba-Nya.
Penyakit yang diderita seorang hamba menjadi sebab diampuninya dosa yang telah dilakukan termasuk dosa-dosa setiap anggota tubuh. Rasulullah Saw bersabda, “Setiap getaran pembuluh darah dan mata adalah karana dosa. Sedangkan yang dihilangkan Allah dari perbuatan itu lebih banyak lagi.” 
(HR. Tabrani).

2. Orang sakit yang mahu bersabar akan mendapatkan pahala dan ditulis untuknya bermacam-macam kebaikan dan ditinggikan darjatnya. 
Rasulullah Muhammad Saw bersabda, “Tiadalah tertusuk duri atau benda yang lebih kecil dari itu pada seorang Muslim, kecuali akan ditetapkan untuknya satu derajat dan dihapuskan untuknya satu kesalahan.” (HR. Muslim dari Aisyah ra).

3. Sebagai timbal baliknya, ia akan selamat dari siksa neraka.
“Aisyah Ummul Mukminin menerangkan sabda Rasulullah Saw bahwasannya sakit karena demam itu akan menghindarkan orang Mukmin dari siksa api neraka.” (HR. Al-Bazzar)

4. Selalu ingat pada Allah. 
Dalam kondisi sakit akan membuat orang merasa benar-benar lemah, tidak berdaya sehingga ia akan bersungguh-sungguh memohon perlindungan kepada Allah Swt., Dzat yang mungkin telah ia lalaikan selama ini. Kepasrahan ini pula yang menuntunnya untuk bertaubat.

5. Selalu mengingat nikmat Allah. 
Sakit membuat orang tahu manfaat sihat. Tidak jarang orang merasakan nikmat justru ketika sakit. Begitu banyak nikmat Allah yang selama ini lalai untuk ia syukuri. Bagi orang yang banyak bersyukur dalam sakit, ia akan memperoleh nikmat.

6. Pembersihan hati dari penyakit. 
Pendapat Ibnu Qayyim, “Kalau manusia itu tidak pernah mendapat cubaan dengan sakit dan pedih, maka ia akan menjadi manusia ujub dan takabur. Hatinya menjadi kasar dan jiwanya beku. Kerananya, musibah dalam bentuk apapun adalah rahmat Allah yang disiramkan kepadanya. Akan membersihkan karatan jiwanya dan menyucikan ibadahnya. Itulah ubat dan penawar kehidupan yang diberikan Allah untuk setiap orang beriman. Ketika ia menjadi bersih dan suci kerana penyakitnya, maka martabatnya diangkat dan jiwanya dimuliakan. Pahalanya pun berlimpah-limpah apabila penyakit yang menimpa dirinya diterimanya dengan sabar dan redha.”

Kesimpulannya Yang Dipelajari
  • Manusia diuji Allah sama ada dia insan sabar dan optimis atau mudah berputus asa serta      pesimis.
  • Sakit adalah antara musibah yang Allah timpakan dan merupakan sebahagian daripada kasih sayang Allah dan perhatian-Nya kepada orang beriman.
  • Masa sakit adalah detik bagi seseorang merenung, mencermin diri dan bermuhasabah terhadap perbuatannya yang lalu.
  • Satu daripada penawar sakit adalah dengan memperbanyakkan sedekah.
  • Untuk menghindari daripada musibah, menjadi kewajipan Muslim untuk memperbanyakkan doa supaya Allah melindungi daripada bahaya
  • Sakit adalah isyarat bahawa manusia makhluk lemah, kerdil dan tidak dapat berbuat apa-apa serta memerlukan hidayah dan pertolongan Allah SWT.
  • Sakit seharusnya dihadapi dan diterima sebagai ujian kesabaran dengan lapang dada dan terbuka.

Entry ini dilakukan sebelum subuh setelah diberi nebulizer & ubat-ubatan oleh misi di Pusrawi.. Hari ini merupakan hari 3, check-in di Pusrawi Hotel, Jalan Tun Razak. Semalam tidaklah seperti hari pertama ketika melaporkan diri disini. Semalam kesakitan mula dirasakan sakit.. Mungkin kerana kesan ubat atau memang benar-benar sakit.. Pagi semalam masih mampu tersenyum hingga lah saat Yong dan my BIL pulang. Selepas itu badan semakin lembik.. kaki mula terasa kesakitan dari hujung kaki hingga ke pinggang, kepala mula berdenyut-denyut dan muntah-muntah.. Apabila Mama, Angah & Famili datang membawa permata hatiku; my D&D, kesakitan tiba-tiba hilang.. (Uncle & my X-Biras turut hadir sama - trip yang berasingan) ..  Pulangnya kesemua pelawatku, Allahhu Akbar, kesakitan kembali menyerang.. Ubat tahan muntah dimasukkan melalui drip, woren plus gel disapukan di kaki hingga ke pinggang, air-cond ditutup, barulah mata ini dapat lena.. 

Alhamdulillah pagi ini, hanya loya sedikit namun kaki tetap merasa bisa.. Lantas terbukalah hati untuk mengoogle search "Hikmah Musibah Sakit" untuk menginsafi ujian sakit ini kerana aku tahu Allah tidak memberati sesuatu diluar kemampuan makhluknya dan setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.. Jadi entry ini adalah hasil nukilan setelah mengabungkan "nota" yang dibaca dari http://tazkiyah-annafs.blogspot.com/2006/08/hikmah-di-balik-musibah-sakit.html  dan http://mediaislami.com/?p=1 (sebenarnya aku membaca beberapa blog namun tidak pasti yang mana blog asal kerana kebanyakkan blog kandungan isinya adalah sama dan tidak pun menyatakan dari mana mereka mencedoknya..)


8 May 2011

Doa Seorang Isteri

Ya Allah..

Kau ampunilah dosa ku yang telah ku perbuat

Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas

Kau berikanlah aku kekuatan mental

Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhan

Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista

Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran Mu

Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah…

Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di Arash

Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya

Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititian Mu

Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya

Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu

Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya

Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia Mu

Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya

Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu

Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya



Tetapi ya Allah…

Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang

Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu

Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu

Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya

Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan

Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya

Sekiranya suamiku menyintai kesesatan

Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena



Ya Allah…

Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku

Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku

Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan

Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai

Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri

Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu

Sekiranya aku engkar dan derhaka

Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu



Ya Allah…

Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjuk Mu

Aku buta tanpa bimbingan Mu

Aku cacat tanpa hidayah Mu

Aku hina tanpa Rahmat Mu



Ya Allah…

Kuatkan hati dan semangatku

Tabahkan aku menghadapi segala cubaan Mu

Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami

Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama Mu

Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha



Hanya pada Mu, Ya Allah…

Ku pohon segala harapan

Kerana aku pasrah dengan dugaan Mu

Kerana aku sedar hinanya aku

Kerana aku insan lemah yang kerap keliru

Kerana aku leka dengan keindahan dunia Mu

Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran Mu

Kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu



Ya Allah Tuhanku…….

Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati

Isteri yang dikasihi

Isteri yang solehah

Isteri yang sentiasa dihati

Amin, Ya Rabbi Allamin…….


- "Ya Allah, aku redho dengan segala ketentuanMu kerana hanya Kau yang tahu apa yang terbaik untukku.... Jika seandainya Kau bukakan hati ini untuk bercinta lagi, ketemukan aku dengan insan yang mencintai ku kerana Mu.. Amin.. "-



7 May 2011

Selamat Hari Ibu

Khas untuk mama...  Selamat Hari Ibu.. Terima kasih atas segala2nya..

Ibu Mithali

Ibu mithali ibu yang sejati
Kasih sayangmu kasih yang suci
Pengorbananmu disanjung tinggi
Jasamu tetap di sanubari

Ibu oh ibu fitrahku murni
Kelembutanmu menyentuh hati
Semai kasihmu dalam jiwaku
Kau disayangi kerana menyayangi

Ibu oh ibu hatimu suci
Tulus ikhlasmu mendidik daku
Sanggup bersusah dan menderita
Demi kebahagiaan sekeluarga

Ibu oh ibu kau serikandi
Bakti amalmu tidak terperi
Beramal soleh berperibadi
Mentaati Allah juga suami



1 May 2011

Cinta... Cinta.. Cinta...

Setiap insan pastinya ingin disayangi dan menyayangi, dikasihi dan mengasihi, dicintai dan mencintai itulah fitrah semulajadi setiap insan, namun ramai antara kita yang tewas kerana cinta...



Bercinta itu tidak salah, tetapi memuja cinta itu yang salah. Kerana ada yang bercinta sehingga leka dan kerana bercinta tergadai semua maruah agama…
Jadi sebelum mendekati cinta, cintailah dirimu terlebih dahulu, mengkaji hakikat kejadianmu yang begitu simbolik. Semoga itu mampu melahirkan rasa keagungan dan kehebatan terhadap Allah dan timbul rasa cinta dan kasih kepada Penciptamu. Dan kemudian barulah mencari cinta atau menerima cinta dari insan yang mencintai dirimu kerana Allah. Barulah hidup akan bahagia di dunia dan akhirat...
“Cinta yang sejati hanya cintakan Illahi.. cinta ayah bonda, tulus suci selamanya.. cintakan saudara hanya sementara.. serta sesama insan suburkan dengan ketakwaan.. “  ~Kerana Cinta – InTeam~