26 May 2011

Mukjizat Zilir-zikir Asmaul Husna

*rujukan Mukjizat Zikir-zikir Asmaul Husna terbitan Al-Hidayah




Menghilangkan Tekanan & Kemurungan
  • Berzikir Yaa Latiff  (Maha Halusi) sebanyak 129x
  • Berzikir Yaa Majiid sebanyak (Maha Mulia) 100x
Memohon Kekuatan Hidup Dalam Hidup
  • Berzikir Ya Waajid (Maha Menemukan) pada setiap suap makanan
  • Berzikir Ya Raafi'  (Maha Tinggi) sebanyak 100x siang & malam
Mengawal Hawa Nafsu
  • Berzikir Yaa Mumit (Maha Mematikan) secara terus menerus
  • Berzikir Yaa Muhyi (Maha Menghidupkan) secara terus menerus akan dapat mengawal nafsu jahat dalam jiwa
Dikabulkan Doa
  • Berzikir Yaa Rasyiid (Maha Bijaksana) sebanyak-banyaknya
  • Berzikir Yaa Muqsit (Maha Mengadili) sebanyak 700x untuk sesuatu tujuan, maka tujuan tersebut akan tercapai
Mengatasi Kesukaran
  • Berzikir Yaa Latiff  (Maha Halusi) sebanyak 100x setelah menunaikan solat sunat 2 rakaat, kemudian meniatkan maksudnya
  • Berzikir Yaa Zul Jalaali wal Ikraam (Maha Pemilik Keagungan & Kemuliaan) sebanyak 100x dalam sehari selama seminggu, maka semua beban kesusahan an persoalan akan meninggalkan hati, sehingga hati akan bebas dari khayalan, rasa cemas dan harapan yang sia-sia. Selain itu, kejahatan tidak akan mendekati dan akan memperolehi kedamaian
  • Berzikir Yaa Naafi' (Maha Pemberi Manfaat) sebanyak 41x sebelum melakukan suatu tugas, tugas tersebut akan dapt diselesaikan dengan mudah
Memudahkan Sakaratul Maut
  • Berzikir Yaa Waarith (Maha Membahagi / Warisi) sebanyak 100x pada ketika matahari terbit
Menambah Susu
  • Berzikir Yaa Matiin (Maha Sempurna Kekuatannya) sebanyak-banyaknya, insya Allah susu akan bertambah
Mendoakan Anak
  • Berzikir Yaa Matiin (Maha Sempurna Kekuatannya) pada anak sebanyak 10x, maka anak tersebut tidak akan menderhaka
Inginkan Taubat
  • Berzikir Yaa Tawwaab (Maha Penerima Taubat) sebanyak 360x setiap hari selepad solat Dhuha
Mampu Membayar Hutang
  • Berzikir Yaa Kariim (Maha Mulia) sebanyak 270x setiap hari akan bebas sama sekali dari hutang
Disukai Ramai Orang
  • Berzikir Yaa Hamiid (Maha Terpuji) sebanyak 100x setiap setelah menunaikan solat 5 waktu, maka Allah akan memasukkan kita ke dalam golongan hambaNya yang soleh yang akan dicintai dan akan dilayani oleh semua orang dan setiap makhluk yang hidup
  • Berzikir Yaa Qaadir (Maha Kuasa) sebanyak 305x secara terus menerus bagi orang yang menderita kerana cintanya ditolak, maka mungkin orang yang dicintai akan membalas cintanya atau penderitaannya akan berakhir
Menetapkan Keyakinan
  • Berzikir Yaa Haadi (Maha Pemberi Petunjuk) sebanyak-banyaknya, maka Allah akan membimbing kepada pilihan yang tepat
Menghilangkan Cinta Duniawi
  • Berzikir Yaa Qahhaar (Maha Menundukkan) untuk menghilangkan rasa cinta berlebihan kepada dunia dan pengagungan selain kepada Allah s.w.t. di dalam hati. Siapa yang membiasakan diri berzikir dengan asma Allah ini, maka akan menghilangkan cinta duniawi dalam hati
Memohon Keharmonian Suami Isteri
  • Berzikir Yaa Maani' (Maha Membela/Menolak) secara perlahan ditempat tidur akan menghidupkan kembali cinta diantara keduanya
  • Berzikir Yaa Waliyy (Maha Menguasai Urusan) ketika pasangan suami isteri sedang bertengkar, maka pertengkaran itu tidak akan betubah menjadi perkelahian
  • Jika seseorang memiliki isteri yang perilakunya buruk, dengan berzikir Yaa Waliyy secara terus menerus ketika berada dihadapannya, insya Allah perilakunya akan ebrubah menjadi baik
Menyelesaikan Masalah
  • Berzikir Yaa Syakuur (Maha Pengampun) sebanyak 41x, insya Allah masalah kewangan, jasmani, rohani, fikiran dan sebagainya akan segera diatasi
Menghilangkan Kebiasaan Buruk
  • Berzikir Yaa Barr (Maha Perancang) sebanyak 700x setiap hari, maka orang yang ketagih minuman keras, suka berzina atau perbuatan maksiat lainnya, akan mendapat hidayah Allah s.w.t.
Menghilangkan Kesedihan
  • Berzikir Yaa Badii' (Maha Indah/Tiada Bandingan) sebanyak 1000x, maka Allah s.w.t. akan mengeluarkannya dari penderitaan tersebut
Agar Amal Diterima
  • Berzikir Yaa Muhsi (Maha Menghitung) sebanyak 100x sesudah solat Isyak, maka segala amalnya akan diterima Allah s.w.t.
Memohon Diampunkan Dosa
  • Berzikir Yaa Ghaffar (Maha Pengampun) sebanyak 100x setelah solat Jumaat, maka segala dosanya pada minggu sebelumnya akan diampunkan
  • Berzikir Yaa Ghaffar setiap hari setelah solat Asar, maka Allah s.w.t. akan memasukkan orang yang membacanya ke dalam golongan orang yang akan diampunkanNya

1 comment:

  1. Casinos Near Casinos Near Casino Vicksburg, MS - MapyRO
    Find Casinos 수원 출장마사지 Near Casino Vicksburg, 진주 출장마사지 MS near you on MapYRO. The casino is home to 김해 출장안마 the largest casino in the world, the 안양 출장안마 Horseshoe at Casino 강릉 출장안마 Vicksburg.

    ReplyDelete